PNJARA PRINT mendapat namanya daripada lokasi premis pertama kami yang terletak di Jalan Penjara, Kuantan. Setelah lima tahun beroperasi di sana, kami telah berpindah ke lokasi baharu di Jalan Teluk Sisek bagi menampung keperluan pelanggan yang semakin berkembang.
Dengan pengalaman lebih 7 tahun dalam industri, PNJARA PRINT merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan percetakan dan pengiklanan yang terbukti membantu ramai usahawan meningkatkan kualiti jualan dan pendapatan mereka. Kami juga berpengalaman dalam memberikan khidmat kepada organisasi kerajaan dan swasta dalam usaha menambah baik kualiti imej korporat mereka di mata masyarakat.
Selain perkhidmatan korporat dan komersial, kami turut menyediakan perkhidmatan untuk tujuan peribadi, majlis khas, dan pelbagai acara lain mengikut permintaan pelanggan.
PNJARA PRINT sentiasa menitikberatkan kualiti produk dan tahap servis demi menjayakan visi dan misi syarikat. Kami komited untuk memastikan setiap hasil kerja memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan, serta memberi impak positif kepada perniagaan dan organisasi yang kami bantu.
