Kami menyediakan perkhidmatan sebagai penasihat serta pembuatan dalam bidang pembungkusan dan pelabelan. Kami juga bersedia untuk hadir ke mana-mana premis yang menjemput kami bagi tujuan lawatan tapak dan sebutharga secara terus. Syarikat kami dilengkapi dengan peralatan serta mesin yang lengkap dan moden bagi menghasilkan produk yang berkualiti tinggi, khususnya dari segi pemilihan kertas, bahan dan kekemasan. Selain itu, kami turut mempunyai pasukan pereka grafik yang berpengalaman dan berkualiti, serta pakar dalam bidang ini bagi memastikan setiap hasil kerja memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan. Kami mempunyai hampir keseluruhan rangkaian produk dalam industri percetakan, merangkumi percetakan digital dan offset. Selain itu, kami turut menceburi bidang signboard serta kerja-kerja pemasangan. Syarikat kami merupakan antara perintis awal dalam bidang percetakan plastik di Kuantan, serta berpengalaman dalam aplikasi teknik silkscreen pada pelbagai jenis permukaan plastik. Kepakaran ini membolehkan kami menghasilkan cetakan yang tahan lama, kemas dan berkualiti tinggi. Kami juga bersedia menawarkan perkhidmatan percetakan plastik pada kadar yang kompetitif, serendah RM0.09, bergantung kepada jenis bahan, kuantiti dan spesifikasi yang dipersetujui. MUAT TURUN PROFILE SYARIKAT
PNJARA PRINT komited untuk menyediakan pengalaman percetakan yang
lancar dan memuaskan melalui komunikasi yang responsif serta perkhidmatan
yang boleh dipercayai. Kami berpegang teguh kepada nilai teras untuk
memberikan yang terbaik pada setiap peringkat operasi — bermula daripada
penerimaan tempahan sehinggalah penghantaran akhir produk dari fasiliti
pengeluaran kami.
Struktur harga kami direka agar kekal kompetitif dan berpatutan, sambil mengekalkan standard kualiti yang tinggi serta memenuhi tempoh masa yang ditetapkan oleh pelanggan tanpa sebarang kompromi.
Disokong oleh pengalaman bertahun-tahun dalam industri,
PNJARA PRINT terus mengamalkan inovasi digital dengan
menyediakan sistem tempahan dalam talian sepenuhnya.
Platform ini beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, membolehkan pelanggan membuat tempahan pada bila-bila masa dengan lebih mudah dan fleksibel.
Pasukan kami terdiri daripada tenaga kerja berpengalaman dan juruteknik mahir yang berdedikasi dalam memastikan hasil kerja yang berkualiti dan boleh dipercayai. Selain perkhidmatan percetakan, kami turut menawarkan perkhidmatan pemasangan profesional bagi memberikan pengalaman yang lebih lengkap dantanpa kerumitan. Sepanjang proses tempahan, kami menyediakan cadangan praktikal serta penyelesaian yang menjimatkan kos bagi membantu pelanggan mengelakkan kesilapan yang tidak perlu.
Di PNJARA PRINT, kami percaya kepada kerjasama jangka panjang bersama pelanggan. Bersama-sama,kami berusaha untuk terus meningkatkan kualiti cetakan dan standard pemasangan, selaras dengan matlamat mencapai tahap kepuasan pelanggan yang lebih tinggi.
— Mohd Mohidin Bin Mohd Nor ( Edin Nor )
Director of Gading Expert Sdn. Bhd.
Founder of www.pnjaraprint.com
PNJARA PRINT mendapat namanya daripada lokasi premis pertama kami yang terletak di Jalan Penjara, Kuantan. Setelah lima tahun beroperasi di sana, kami telah berpindah ke lokasi baharu di Jalan Teluk Sisek bagi menampung keperluan pelanggan yang semakin berkembang.
Dengan pengalaman lebih 7 tahun dalam industri, PNJARA PRINT merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan percetakan dan pengiklanan yang terbukti membantu ramai usahawan meningkatkan kualiti jualan dan pendapatan mereka. Kami juga berpengalaman dalam memberikan khidmat kepada organisasi kerajaan dan swasta dalam usaha menambah baik kualiti imej korporat mereka di mata masyarakat.
Selain perkhidmatan korporat dan komersial, kami turut menyediakan perkhidmatan untuk tujuan peribadi, majlis khas, dan pelbagai acara lain mengikut permintaan pelanggan.
PNJARA PRINT sentiasa menitikberatkan kualiti produk dan tahap servis demi menjayakan visi dan misi syarikat. Kami komited untuk memastikan setiap hasil kerja memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan, serta memberi impak positif kepada perniagaan dan organisasi yang kami bantu.