Website Design

Tingkatkan imej perniagaan anda dengan website profesional yang dibina khas mengikut identiti jenama anda.
Kami membantu anda memiliki laman web moden, pantas dan mesra pengguna — siap sedia untuk menarik pelanggan baharu dan menaikkan kredibiliti perniagaan anda.
*Tertakluk Kepada Terma & Syarat”

- +
Total: —
Total Area: —
Excluding 6% SST
SKU: N/A Category:

Kenapa Setiap Perniagaan & Organisasi Perlu Ada Website

Di zaman digital hari ini, website bukan lagi pilihan – tetapi satu keperluan. Sama ada anda menjalankan perniagaan kecil, syarikat korporat, atau organisasi bukan keuntungan, memiliki laman web memberi anda kelebihan yang besar dalam menyampaikan maklumat dan membina kepercayaan.

 1. Tingkatkan Kredibiliti & Kepercayaan

Website menunjukkan bahawa perniagaan atau organisasi anda beroperasi secara profesional dan serius. Pelanggan atau orang awam lebih yakin untuk berurusan dengan entiti yang mempunyai laman rasmi sendiri berbanding hanya bergantung kepada media sosial.

2. Dapat Dicapai 24 Jam Sehari

Website berfungsi sebagai wakil digital anda yang beroperasi tanpa henti — orang ramai boleh mendapatkan maklumat, produk, atau perkhidmatan anda bila-bila masa, di mana sahaja, tanpa had waktu.

3. Mudah Ditemui di Carian Google

Dengan adanya website, perniagaan anda lebih mudah muncul di enjin carian (Google, Bing, dll). Ini membantu menarik pelanggan baru yang sedang mencari produk atau perkhidmatan seperti yang anda tawarkan.

4. Pusat Maklumat Rasmi

Website menjadi tempat rasmi untuk anda mengumpulkan semua maklumat penting — profil syarikat, senarai perkhidmatan, testimoni pelanggan, berita terkini, dan pautan media sosial — semuanya di satu tempat yang tersusun.

5. Tingkatkan Interaksi & Keyakinan Pelanggan

Dengan borang hubungi, pautan WhatsApp, atau emel terus, pelanggan boleh berinteraksi dengan mudah. Ini memudahkan komunikasi dan meningkatkan peluang jualan atau sumbangan.

6. Kos Rendah, Pulangan Tinggi

Website adalah pelaburan jangka panjang yang murah berbanding iklan tradisional. Sekali siap, ia boleh digunakan bertahun-tahun dan menjadi aset digital yang bernilai.

Terma & Syarat Pembinaan Website

  1. Reka Bentuk Website
    Pelanggan tidak dibenarkan membuat sebarang perubahan pada reka bentuk website selepas projek disiapkan.

  2. Warna, Tema & Identiti
    Segala warna, tema, atau identiti visual hendaklah dimaklumkan sebelum proses pembangunan dimulakan.
    Sebarang perubahan selepas website siap tidak dibenarkan.

  3. Maklumat & Bahan
    Semua maklumat, imej, atau bahan yang ingin dimasukkan ke dalam website hendaklah diserahkan dalam bentuk softcopy (JPEG/PNG/PDF).

  4. Permintaan Perubahan
    Pihak kami berhak untuk menolak sebarang permintaan perubahan yang tidak termasuk dalam skop asal projek.

  5. Penambahan Selepas Website Siap
    Sebarang penambahan baharu seperti produk, halaman (page), atau maklumat selepas website disiapkan adalah tidak dibenarkan, kecuali dengan caj tambahan yang akan dikenakan.

Web Type

Web Profile (Info / Maklumat) – Basic, Web Profile (Info / Maklumat) – Premium, Web Ecommerce (E-Dagang) – Basic, Web Ecommerce (E-Dagang) – Premium

Shopping Cart
Website DesignWebsite Design
Price range: RM990.00 through RM6,900.00Select options